Tepak Sireh    

 

     

      Menjadi satu kemestian menjelang hari perkahwinan, pelbagai barangan hantaran perlu disediakan termasuklah tepak sireh. Tepak sireh menjadi satu adat yang telah sekian lama diamalkan. Tepak Sireh merupakan salah satu gubahan hantaran yang menarik sekiranya tahu caranya.

 

      Daun sireh perlu segar agar tampak lebih menyerlah. Bekas tepak sireh juga mempunyai pelbagai corak dan bentuk. Terpulang pada anda untuk memilihnya. Kini, banyak butik-butik pengantin menyediakan perkhidmatan sewaan barangan pengantin termasuklah tepak sireh. Yang penting anda sediakan duit sahaja.